Kelas MS PowerPoint, Kempen KDB & e-Learning

24 November 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas MS PowerPoint, Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) dan e-Learning ini telah diadakan pada 23 November 2019, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Bogag bersama 9 orang pelajar sekolah rendah.

Dalam kelas ini, para peserta diberi tunjuk ajar cara menghasilkan slaid pembentangan yang mudah dan menarik. Selain itu, mereka turut diberikan taklimat KDB tentang panduan keselamatan ketika melayari internet bagi mendidik mereka agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika melayari internet. Selepas itu, para peserta diminta untuk menghasilkan slaid pembentangan berkaitan taklimat tersebut bagi menguji dan memantapkan lagi kemahiran mereka dalam menggunakan MS PowerPoint.

Akhir sekali, para peserta berpeluang membuat ulangkaji pelajaran secara atas talian dengan menjawab soalan-soalan kuiz yang terdapat di laman web quizizz.com.

Kelas ini telah berlangsung selama 4 jam bermula pukul 1.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali